Polis tangkap budak lelaki menyamar sebagai toyol
Unit polis khas Depok, yang dikenali sebagai Jaguar Team yang sepatutnya menangani jenayah di jalan raya, menangkap dan memberkas seorang budak lelaki berusia 13 tahun kerana menyamar sebagai toyol di Beji.
Petikan gambar dari laman The Jakarta Post.
BEJI, INDONESIA: Unit polis khas Depok, yang dikenali sebagai Jaguar Team yang sepatutnya menangani jenayah di jalan raya, menangkap dan memberkas seorang budak lelaki berusia 13 tahun kerana menyamar sebagai toyol di Beji untuk menakut-nakutkan para penduduk tempatan dan merakamkan telatah mereka bagi saluran YouTube.
A dan kawan-kawannya ditangkap melakukan aksi itu semasa mereka sedang merakam perbuatan mereka, lapor The Jakarta Post.
"Pada mulanya, A dan tiga atau empat lagi kawannya berada di tempat kejadian. Kawan-kawannya sejauh 50 meter dari A, sedang merakamnya," menurut ketua Jaguar Team Winam Agus seperti ditukil oleh kompas.com.
The Jakarta Post melaporkan bahawa A ditangkap tidak memakai baju, sebaliknya hanya memakai seluar pendek dan badannya diselaputi dengan bedak putih.
Apabila para pegawai polis menghampirinya, dia melarikan diri.
"Dia melarikan diri dan menyangkung di belakang semak. Bagaimanapun disebabkan badannya berwarna putih, dia mudah dikesan," tambah kenyataan polis.
A mengaku kepada pihak polis bahawa dia hanya ingin merakam video bersama kawan-kawannya. Pegawai polis kemudian mengarahkannya supaya pulang ke rumah, menurut The Jakarta Post lagi.
"Kami memberitahunya supaya jangan mengulangi perbuatan seperti itu," menurut Encik Winam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.