Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis tambah pegawai di stadium bagi perlawanan Liga Super M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tambah pegawai di stadium bagi perlawanan Liga Super M'sia

Stadium JDT, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor Bahru (Gambar: Fadza Ishak)

Diterbitkan : 14 Oct 2022 10:16PM Dikemas Kini : 14 Oct 2022 10:16PM
JOHOR BAHRU: Polis akan menambah kekuatan pegawai dan anggotanya pada perlawanan bola sepak piala Liga Super Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok (15 Okt).

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata penambahan anggota itu bagi memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam terkawal.

"Pihak polis memohon kerjasama semua pihak agar mematuhi sepenuhnya garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) terhadap kawalan keselamatan di stadium seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Selain itu, polis trafik juga ditempatkan untuk mengawal aliran trafik di sekitar kawasan stadium bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Penonton yang berkunjung ke stadium dingatkan untuk tidak meletakkan kenderaan sehingga menghalang jalan atau laluan kenderaan khususnya apabila berlaku kecemasan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat (14 Okt).

Encik Kamarul Zaman juga mengingatkan orang ramai agar mematuhi arahan oleh polis dan petugas di dalam kawasan stadium (marshall) dari semasa ke semasa agar kemanan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"Pihak polis tidak akan berkompromi, bertolak ansur atau teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang negara," katanya.

Esok, pasukan JDT akan meraikan kejayaan merangkul juara Liga Super Malaysia bagi kali kesembilan berturut-turut.

Sambutan itu akan turut menampilkan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Johor, Pasukan Hoki Ais JDT, Johor Jewels (bola jaring), Johor Tigris (Sepak Takraw) dan pemain ragbi negeri.
Sumber : Bernama/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa