Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis tahan lelaki anjur majlis pertunangan di Sabah ketika kawalan pergerakan bersyarat

Polis menahan seorang lelaki berumur 47 tahun pada Isnin (17 Mei) kerana dipercayai menganjurkan majlis pertunangan dan dihadiri lebih 20 orang di Kampung Baru Selamat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ahad lalu (16 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tahan lelaki anjur majlis pertunangan di Sabah ketika kawalan pergerakan bersyarat

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 18 May 2021 10:24PM Dikemas Kini : 18 May 2021 10:28PM

LABUAN: Polis menahan seorang lelaki berumur 47 tahun pada Isnin (17 Mei) kerana dipercayai menganjurkan majlis pertunangan dan dihadiri lebih 20 orang di Kampung Baru Selamat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ahad lalu (16 Mei).

Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata lelaki itu ditahan pada pukul 8.30 malam setelah polis menerima rakaman video berdurasi 14 saat mengenai majlis itu yang tular dalam media sosial.

“Berdasarkan maklumat awam, kami menahan lelaki itu kerana mengadakan majlis pertunangan semasa PKPB dan boleh dipenjara hingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Labuan hari ini.

Supt Ahmad berkata lelaki terbabit disiasat kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB iaitu kesalahan di bawah Seksyen 260 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan