Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis tahan eksekutif jual pil pelangsing, sebabkan 4 kematian di Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tahan eksekutif jual pil pelangsing, sebabkan 4 kematian di Thailand

Gambar: Agensi berita/sumber web

BANGKOK: Seorang eksekutif makanan tambahan ditahan di Bangkok, Thailand pada Jumaat (2 Dis) selepas empat orang meninggal dunia akibat mengambil pil pelangsing keluaran syarikatnya.

Polis Thailand menahan Nuttawat yang berusia 50 tahun di luar kodominiumnya di wilayah Huai Kwang di bawah waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Wilayah Kanchanaburi pada 18 Januari 2022 kerana, "menambah secara rahsia makanan, ubat atau produk lain yang boleh dimakan dan menyebabkan kematian", sekali gus melanggar Akta Makanan (1979).

Pada 2018, empat orang meninggal dunia selepas memakan pil pelangsing LYN. Siasatan mendedahkan bahawa pil tersebut mengandungi bahan larangan.

Pil tersebut mengandungi sibutramine hydrochloride iaitu ubat yang boleh mengurangkan selera makan dan dilarang di banyak negara, serta bisacodyl iaitu sejenis julap.

Polis menahan Nuttawat dan pengurus lain.
Kes itu kemudian dibawa ke mahkamah. Namun, Nuttawat dilepaskan dengan ikat jamin dan tidak pernah kembali ke mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

Akibat Nuttawat mengelak daripada pergi ke mahkamah, Mahkamah Wilayah Kanchanaburi mengeluarkan waran tangkap pada 18 Januari tahun ini.

Baru-baru ini, polis dimaklumkan bahawa Nuttawat tinggal di kondominium di Soi Pracharat Bamphen 7 di Huai Kwang dan menangkapnya.

Nuttawat berkata sebab mengapa dia tidak ke mahkamah kerana dia sakit dan takut akan dijangkiti COVID-19.

Dia memberitahu polis bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang bahan berbahaya yang tersembunyi dalam produk berkenaan.

Dia berkata ada seorang lagi eksekutif bersama yang mungkin tahu tetapi beliau sudah meninggal dunia pada 2021.

Polis Thailand memberkas Nuttawat dan membawanya ke mahkamah Wilayah Kanchanaburi untuk menghadapi prosiding undang-undang.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan