Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis tahan anak bantu ayah bunuh diri di hotel Genting Highlands

Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat membantu ayahnya, seorang warga emas berusia 65 tahun untuk membunuh diri dalam sebuah bilik hotel, di Genting Highlands pada Khamis lalu (9 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis tahan anak bantu ayah bunuh diri di hotel Genting Highlands

Gambar hiasan pusat peranginan Genting Highlands. (Gambar: MOHD RASFAN / AFP)

Diterbitkan : 14 Nov 2017 11:05PM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 11:07PM

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat membantu ayahnya, seorang warga emas berusia 65 tahun untuk membunuh diri dalam sebuah bilik hotel, di Genting Highlands pada Khamis lalu (9 Nov).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Othman Nayan berkata, mayat mangsa ditemui oleh petugas hotel itu dan melaporkan kepada polis pada 10.20 pagi hari berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan lilitan di bahagian leher selain menjumpai seutas tali yang dipercayai digunakan untuk melilit leher mangsa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (14 Nov).

Kes diklasifikasikan sebagai SDR (mati mengejut).

Namun, siasatan masih diteruskan kerana hasil siasatan lanjut mendapati bahawa terdapat individu kedua yang turut menginap di bilik berkenaan.

Menurut SAC Othman, individu kedua yang berusia 35 tahun itu juga merupakan anak lelaki mangsa berkenaan. Dia berjaya ditangkap pada Ahad lalu (12 Nov) di sekitar pusat peranginan tersebut.

Berdasarkan hasil siasatan awal, SAC Othman berkata bahawa suspek yang bekerja sebagai seorang peniaga itu mengaku membantu ayah kandungnya untuk membunuh diri.

Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan keterangan pekerja menunjukkan suspek berada dalam bilik berkenaan semasa kejadian sebelum melarikan diri.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai rekod sakit mental dan masih mengambil ubat, ditahan reman sehingga Khamis ini (16 Nov).

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menyubahati kesalahan membunuh diri. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan