Skip to main content

Dunia

Polis Sri Lanka buru 140 orang dipercayai ada kaitan ISIS

Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena berkata pada Jumaat (26 Apr) bahawa polis sedang memburu 140 orang, dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ISIS, berhubung siri serangan Hari Easter

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Apr 2019 07:09PM Dikemas Kini : 26 Apr 2019 11:23PM

COLOMBO: Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena berkata pada Jumaat (26 Apr) bahawa polis sedang memburu 140 orang, dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ISIS, berhubung siri serangan Hari Easter di gereja-gereja dan hotel-hotel mewah yang membunuh sekurang-kurangnya 253 orang.

Encik Sirisena memberitahu para wartawan beberapa belia Sri Lanka terlibat dalam kumpulan ekstremis berkenaan sejak 2013. Beliau juga berkata ketua-ketua tinggi pertahanan serta dan polis tidak mengongsikan maklumat dengannya mengenai serang-serangan yang dirancang itu.

Encik Sirisena turut menyalahkan pemerintah Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe kerana melemahkan sistem risikan dengan memberi tumpuan kepada pendakwaan para pegawai tentera berhubung jenayah-jenayah perang semasa tempoh perang saudara selama sedekad dengan golongan pemisah Tamil.

Presiden Sirisena berkata seorang ektremis dipercayai memainkan peranan utama dalam pengeboman tersebut mengetuai serangan di Hotel Shangri-La.

"Apa yang diberitahu kepada saya oleh agensi-agensi risikan adalah Zahran terbunuh semasa serangan Shangri-La," katanya, merujuk kepada Zahran Hashim, pemimpin sebuah kumpulan ektremis setempat.

Encik Sirisena manambah Zahran melakukan serangan terhadap hotel mewah dan ditemani pengebom kedua, hanya dikenal pasti sebagai 'Ilham'.

Maklumat itu didedahkan pasukan tentera risikan dan antara lain berdasarkan rakaman CCTV yang didapati dari tempat kejadian.

Zahran tampil dalam sebuah video yang dikeluarkan kumpulan ISIS setelah ia mengaku bertanggungjawab atas pengeboman tersebut. 

Sumber : Agensi berita/CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita