Skip to main content

Dunia

Polis siasat video pergaduhan di tengah jalan pada waktu malam

 Pihak polis sedang menyiasat insiden melibatkan sekumpulan orang dirakam bergaduh di tengah-tengah jalan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat video pergaduhan di tengah jalan pada waktu malam

(Gambar: Road.sg)

Diterbitkan : 20 Oct 2019 09:13PM Dikemas Kini : 20 Oct 2019 09:18PM

SINGAPURA: Pihak polis sedang menyiasat insiden melibatkan sekumpulan orang dirakam bergaduh di tengah-tengah jalan raya.

Dalam video yang disebarkan online itu, beberapa orang dilihat bergelut dan menjerit-jerit di tengah-tengah jalan raya pada waktu malam.

Seorang lelaki memakai baju berwarna putih dan seluar biru boleh dilihat mengacukan objek logam panjang ke arah seorang lagi lelaki.

Tidak diketahui jika ada orang lain yang cedera atau diberkas berhubung insiden itu.

Pihak polis mengesahkan satu laporan dibuat dan siasatan berkenaan insiden itu sedang dijalankan.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita