Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis siasat tindakan sekumpulan wanita pijak anak kucing hingga mati

Rakaman video memaparkan tindakan sekumpulan wanita mendera seekor anak kucing sehingga mati kini mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia yang akan menyiasat perbuatan berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat tindakan sekumpulan wanita pijak anak kucing hingga mati

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 08 May 2020 02:04PM Dikemas Kini : 08 May 2020 02:05PM

KUALA LUMPUR: Rakaman video memaparkan tindakan sekumpulan wanita mendera seekor anak kucing sehingga mati kini mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia yang akan menyiasat perbuatan berkenaan.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Penolong Pesuruhjaya Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan dan menjalankan siasatan lanjut.

"Laporan polis pertama dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

"Tempat kejadian dan suspek yang terbabit belum dikenal pasti namun polis sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat (8 Mei) seperti ditukil Astro Awani.

Rakaman tiga wanita memijak seekor anak kucing sehingga mati itu menjadi tular di laman sosial sejak Khamis menyebabkan banyak pihak mengecam tindakan mereka, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa