Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis siasat pempengaruh China lahap ikan jerung dalam video tular

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat pempengaruh China lahap ikan jerung dalam video tular

(Gambar:iStock/Grisha Shoolepoff)

Diterbitkan : 03 Aug 2022 11:47AM Dikemas Kini : 03 Aug 2022 11:47AM
BEIJING: Seorang pempengaruh China kini di bawah siasatan polis selepas klip rakaman beliau memanggang dan menikmati jerung putih tular di media sosial.

Rakaman vlogger berkenaan, yang lebih dikenali dengan nama samaran online sebagai Tizi, menunjukkan dirinya menikmati ikan pemangsa itu.

Polis dari pusat bandar Nanchong kemudian mengesahkan pada Ahad lalu (31 Jul) bahawa ikan itu merupakan seekor jerung putih.

"Ia mungkin kelihatan ganas tetapi dagingnya benar-benar lembut," kata Tizi sambil menggigit ketulan besar daging ikan itu yang sudah dibakar, dalam sebuah video yang dimuatnaikkan pada pertengahan Julai lalu.

Dalam video yang sudahpun dipadamkan tu, Tizi dilihat baring di sebelah ikan tersebut untuk menunjukkan bahawa ia lebih tinggi daripadanya.

Jerung itu kemudiannya dibelah separuh, diperap dan dibakar manakala kepalanya pula dimasak dalam kuah yang pedas.

Jerung putih disenaraikan sebagai spesies mudah terjejas oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi, bermakna ia hanya satu tahap di bawah klasifikasi haiwan terancam.

Di China, jerung disenaraikan sebagai ikan yang dilindungi dan memilikinya secara haram boleh membawa kepada hukuman penjara antara lima hingga sepuluh tahun.

"Sungguh menghairankan seorang selebriti internet boleh menikmati haiwan yang dilindungi di hadapan jutaan orang secara terang-terangan," seorang warganet meninggalkan komen mengenai video itu.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada Tizi, yang mempunyai hampir lapan juta pengikut, akan dijatuhkan hukuman.

Tizi memberitahu media tempatan bahawa dia mendapatkan jerung itu melalui "saluran yang sah di sisi undang-undag", namun menurut biro pertanian tempatan, dakwaannya itu "tidak konsisten dengan fakta-fakta" dan pihak polis sedang menjalankan siasatan.
Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa