Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis siasat kes pengasuh dera bayi tular di media sosial

Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial yang dipercayai menunjukkan seorang bayi perempuan didera pengasuhnya, di Kampung Tanjung Tokong Lama.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat kes pengasuh dera bayi tular di media sosial

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 16 Nov 2019 08:15AM Dikemas Kini : 16 Nov 2019 08:17AM

GEORGE TOWN: Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial yang dipercayai menunjukkan seorang bayi perempuan didera pengasuhnya, di Kampung Tanjung Tokong Lama.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata pihaknya sudah berjaya mengesan seorang wanita berusia 34 tahun, yang dikatakan pengasuh bayi itu dan sudah merakamkan percakapannya.

"Dia mengaku dia adalah individu dalam video tersebut, namun menafikan mendera bayi berkenaan, sebaliknya mengakui memang kasar tetapi bukan niatnya sengaja mahu mendera atau mencederakan mangsa," katanya semalam (15 Nov).

Beliau berkata polis juga sudah memanggil ibu kepada bayi perempuan tersebut yang memberitahu sepanjang mangsa dijaga oleh pengasuh itu, dia tidak mengesyaki anaknya didera, kerana tidak pernah melihat perubahan yang aneh atau kesan lebam pada anaknya yang kelihatan aktif seperti biasa.

Beliau berkata pemeriksaan awal doktor mendapati tiada apa-apa kesan penderaan terhadap bayi itu, namun mangsa dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut daripada pakar kanak-kanak.

Video berdurasi pendek itu dipercayai menunjukkan seorang pengasuh menggoncang kaki bayi perempuan yang sudah boleh meniarap, dan wanita itu turut menampar kepala serta menghentak bayi berkenaan ke lantai.

Che Zaimani berkata polis menerima aduan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita yang bekerja di sebuah bank, yang menerima rakaman video daripada salah seorang rakannya.

"Setakat ini polis sudah merekodkan keterangan empat orang iaitu pekerja bank yang membuat aduan polis, rakan pekerja bank (yang menghantar video) itu, pengasuh dan ibu bayi berkenaan dan kami sedang mengesan individu yang merekodkan video bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 (S$16,000) atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan