Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis siasat dakwaan penculikan di Johor Bahru

Pihak polis mengesan satu mesej yang tular di Whatsapp yang mendakwa berlaku kes cubaan menculik seorang pelajar sekolah tadika di Bandar Baru Uda.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat dakwaan penculikan di Johor Bahru

Lambang Polis Diraja Malaysia. (Gambar: Saeed Khan/AFP)

JOHOR BAHRU: Polis menyiasat dakwaan berlakunya kes penculikan di dua kawasan di bandar raya Johor Bahru seperti yang tular di aplikasi WhatsApp, pada Khamis (29 Sep).

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata pihaknya mengesan satu mesej yang mendakwa berlaku kes cubaan menculik seorang pelajar sekolah tadika di Bandar Baru Uda.

Katanya, hantaran itu turut menyatakan bahawa kes penculikan sering berlaku di Taman Perling dan Bandar Baru Uda yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

"Polis telah mengenal pasti individu yang memuat naik hantaran berkenaan dalam satu kumpulan WhatsApp yang dipercayai disertai oleh sekumpulan individu dan komuniti setempat, polis telah melawat tempat kejadian dan beberapa individu telah ditemu bual. 

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang aduan tentang berlakunya kejadian tersebut dan tiada individu yang tampil ke hadapan bagi mengesahkan adanya cubaan menculik atau kehilangan anak seperti didakwa kumpulan terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini (30 Sep).

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya mesej tular yang boleh menggugat ketenteraman awam. 

Encik Fariz Ammar berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita tidak sahih.

"Mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," tambahnya.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan