Polis siasat dakwaan pelancong asing bayar RM100 elak disaman di Langkawi
Polis sedang mengumpul maklumat mengenai dakwaan seorang pelancong asing bahawa beliau membuat bayaran RM100 (S$28.30) bagi mengelak daripada dibawa ke balai polis dan disaman kerana tidak memakai topi keledar di Pulau Langkawi.

(Gambar: BERNAMA)
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata video yang tular semalam (29 Jan) dipercayai telah dimuat naik ke laman media sosial YouTube pada 10 November tahun lalu.
"Pihak polis tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dan tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang terlibat.
"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini (30 Jan).
Awal dari itu, tular video selama kira-kira satu minit 45 saat yang merakamkan percakapan lelaki warga asing itu dengan seorang individu lain yang memaklumkan bahawa dia mempunyai pilihan sama ada untuk pergi ke balai polis atau membuat bayaran berjumlah RM100 (S$28.30) bagi mengelakkan daripada disaman.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.