Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis siasat dakwaan barangan mangsa tragedi Batang Kali diguna individu lain

Anggaran Waktu Membaca:
Polis siasat dakwaan barangan mangsa tragedi Batang Kali diguna individu lain

Pasukan menyelamat pada 17 Dis 2022 meneruskan usaha mencari mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Malaysia. (Gambar: AP/Vincent Thian)

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat dakwaan satu hantaran di Facebook bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan barangan milik mangsa tragedi insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan popular di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah, berkata hantaran itu dipercayai dimuat naik oleh seorang daripada ahli keluarga mangsa tragedi yang berlaku pada 16 Disember lalu.

Beliau berkata hantaran itu mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch 'n Go milik mangsa. 

“Hari ini (1 Jan), polis menerima dua laporan berhubung insiden itu pada pukul 2.47 petang. 

"Satu kertas dibuka bagi menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri," menurutnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Encik Suffian menasihatkan masyarakat supaya bertenang dan tidak gusar dengan isu yang tular itu.

Beliau berkata anggota keluarga mangsa juga dinasihatkan supaya menghubungi polis sekiranya mempunyai isu berkaitan kehilangan barangan milik mangsa.

Orang ramai diminta agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat atau menularkan berita palsu sebaliknya merujuk kepada polis atau pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.46 pagi itu telah mengorbankan 31 nyawa dengan 12 daripadanya adalah kanak-kanak dan seorang bayi lelaki berusia setahun.

Seramai 61 mangsa dilaporkan terselamat dalam insiden itu.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan