Polis SG dan Malaysia jalin kerjasama tumpas sindiket jenayah siber Kemboja
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF), bagi mengesan penjenayah yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah siber berjumlah RM130 juta (S$40.42 juta) berpangkalan di Kemboja.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF), bagi mengesan penjenayah yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah siber berjumlah RM130 juta (S$40.42 juta) berpangkalan di Kemboja.
Pengarah JSJ Bukit Aman M. Kumar berkata pihaknya menerima maklumat daripada SPF, berhubung penglibatan 27 warga Singapura dan tujuh warga Malaysia dalam kegiatan itu.
“Sehubungan itu, PDRM telah dan sedang melaksanakan tindakan untuk mengesan serta menahan semua individu yang disyaki terlibat.
“Kesemua tujuh suspek warga Malaysia telah disenaraikan ke dalam senarai orang yang dikehendaki, bagi tujuan penangkapan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat (31 Okt).
Beliau berkata PDRM kekal komited untuk memperhebat usaha pengesanan dengan menjalin kerjasama erat bersama agensi penguat kuasa dalam dan luar negara.
“PDRM menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa bagi membanteras jenayah rentas sempadan, yang boleh mengancam keselamatan serta ketenteraman awam,” kata beliau.
Pada Khamis (30 Okt), Bernama melaporkan bahawa SPF mendedahkan penglibatan 27 warga Singapura dan tujuh rakyat Malaysia dalam kegiatan jenayah siber berjumlah RM130 juta (S$40.42 juta), yang berpangkalan di Kemboja.
Menurut SPF, kumpulan jenayah terancang itu menyamar sebagai pegawai pemerintah dan dipercayai bertanggungjawab terhadap lebih 400 kes penipuan dengan jumlah kerugian melebihi S$41 juta.
Operasi penguatkuasaan bersama Polis Kebangsaan Kemboja (CNP) pada 9 September lalu, turut membawa kepada penahanan awal 15 suspek termasuk dua rakyat Malaysia di Singapura, sebelum pihak berkuasa mengenal pasti baki 34 suspek yang kini berada di luar negara.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.