Polis serbu majlis ulang tahun hidang daging anjing di Bali
Anggaran Waktu Membaca:
DENPASAR: Sebuah majlis ulang tahun di Bali yang menghidangkan daging anjing mengejutkan warga Indonesia di media sosial, dan menarik perhatian polis.
Pegawai penguatkuasaan undang-undang dan kumpulan kebajikan haiwan menyerbu majlis tersebut di wilayah Tabanan di pulau itu.
Pasukan Bali Dog Guardians (BDG) menyatakan bahawa mereka menemui seekor anjing yang telahpun dimasak di lokasi berkenaan.
Pengerusi Yanti Rosmiati, pada Isnin (9 Sep) memberitahu agensi berita online Indonesia Detik bahawa serbuan itu dijalankan pada Sabtu malam, setelah menerima maklumat sebelum ini daripada seorang penduduk mengenai majlis yang menghidangkan daging anjing.
"Kami menerima laporan daripada penduduk pada tengah hari, dan pada waktu petang, saya bersama pasukan BDG bergegas ke lokasi tersebut," katanya.
Polis Tabanan dan BDG menemui sisa daging, tulang dan serpihan tengkorak anjing.
"Pada mulanya, mereka katakan bahawa daging anjing sudah tiada. Saya bertanya mengenai sisa tulang. Mereka menafikannya, mengatakan bahawa ia semua tiada," kata Cik Yanti.
Mereka yang hadir di majlis tersebut mengaku bahawa mereka telah mendapatkan seekor anjing dan membunuhnya dengan memukul kepalanya.
Ketua polis Tabanan Nyoman Sumantara mengesahkan kejadian itu dan berkata bahawa kes tersebut masih disiasat bagi kesalahan jenayah, yang boleh membawa hukuman penjara selama tiga bulan atau denda sebanyak 4,500 rupiah (S$0.38).
"15 orang disoal siasat. Menurut kenyataaan mereka, daging anjing yang dimakan didapatkan oleh penduduk kerana anjing-anjing itu garang dan sering mengejar (mereka)," katanya pada Selasa (10 Sep).
"Kami masih menyiasat laporan penderaan anjing itu. Maklumat dari tapak jenayah sedang dikumpul," tambahnya.
Rakaman video yang dimuat naik ke akaun Instagram BDG turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan warganet.
"Saya benar-benar terkejut ada manusia seperti ini. Ia seolah-olah tiada makanan lain untuk dimakan. Semoga mereka yang makan (daging anjing) akan mendapat nasib malang mereka nanti," kata pengguna Instagram @novi_1590.
Seorang lagi pengguna @gegclumsy berkata: "Pengambilan haram daging anjing yang masih berleluasa di Bali perlu dihentikan tanpa alasan."
PELBAGAI PENDAKWAAN DI TENGAH-TENGAH LARANGAN PERDAGANGAN YANG TIDAK SELARAS
Walaupun tiada larangan nasional terhadap perdagangan, pemerintah wilayah Bali melarang pengedaran dan penjualan daging anjing.
Pesalah boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau denda sekurang-kurangnya 50 juta rupiah (S$4,215).
Mei lalu, dua peniaga daging anjing di wilayah Buleleng dijatuhi hukuman percubaan selama 10 bulan kerana melanggar peraturan itu.
Pada Julai tahun ini, polis bandar Bali (Satpol PP) merampas 500 cucuk daging anjing dan 56kg daging anjing mentah daripada peniaga di wilayah Jembrana.
Menurut akhbar Britain The Independent, pihak berkuasa bertindak atas siasatan oleh pertubuhan bukan pemerintah Animals International, yang mendapati bahawa pelancong Australia ditipu makan sate daging anjing itu.
Penjual sate anjing itu diberi amaran, manakala dua lagi penjual yang juga pesalah berulang didakwa melakukan salah laku.
Di seluruh negara, hanya 22 daripada 514 bandar dan wilayah di seluruh Indonesia mengeluarkan peraturan terhadap penjualan daging anjing dan kucing.
Ini termasuk dua kawasan di Jawa Tengah: Semarang, bandar keenam terbesar di Indonesia, serta wilayah Sukoharjo yang dahulunya terkenal dengan perdagangan daging anjing dan kucing.
Pada Januari lalu, polis memintas sebuah trak di Semarang yang membawa 226 ekor anjing yang dirantai dan menuju ke pusat penyembelihan. Lima kru trak ditangkap, menurut laporan AFP.
Menurut polis, anjing-anjing itu dalam perjalanan ke bandar jiran Solo, di mana mereka akan disembelih dan daging mereka dijual untuk dimakan di Jawa Barat.
Aktivis menganggarkan lebih daripada sejuta anjing dan beribu-ribu kucing disembelih setiap tahun di Indonesia, di mana sesetengah masyarakat percaya bahawa pengambilan daging anjing atau kucing boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti denggi dan sakit badan, walaupun dakwaan ini tidak pernah dibuktikan secara saintifik.
Sekitar 70 peratus daripada 1 juta anjing yang dimakan di Indonesia berasal dari Sulawesi Utara, terutamanya di bandar Manado dan Tomohon, serta wilayah Minahasa.
Pada Julai 2023, Pasar Ekstrim Tomohon yang terkenal di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia, menamatkan penjualan daging anjing dan kucing selepas tekanan aktivis selama bertahun untuk mengharamkan perdagangan dan kaedah penyembelihannya yang kejam.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.