Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis selamatkan 13 wanita hamil, kanak-kanak dari klinik haram di Nigeria

Polis Nigeria berjaya menyelamatkan 13 orang, termasuk seorang kanak-kanak dan enam wanita hamil, dari sebuah klinik haram di negeri Ogun, tenggara negara itu, kata seorang jurucakap pada Jumaat (6 Mac). 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis selamatkan 13 wanita hamil, kanak-kanak dari klinik haram di Nigeria

(Gambar: AFP/Nicolas Asfouri)

Diterbitkan : 07 Mar 2020 11:11AM Dikemas Kini : 07 Mar 2020 11:14AM

LAGOS: Polis Nigeria berjaya menyelamatkan 13 orang, termasuk seorang kanak-kanak dan enam wanita hamil, dari sebuah klinik haram di negeri Ogun, tenggara negara itu, kata seorang jurucakap pada Jumaat (6 Mac).

Kesemua wanita berkenaan, berusia antara 20 hingga 25 tahun, memberitahu polis bahawa mereka dihamilkan seorang lelaki yang diupah oleh pemilik klinik bagi membolehkan bayi dikandung itu dijual pada harga lumayan.

Premis diberi jolokan ‘kilang bayi’ itu pada dasarnya adalah sebuah premis haram yang menyamar sebagai sebuah klinik swasta, khusus bagi menempatkan wanita hamil dan bayi mereka untuk dijual.

Dalam sesetengah kes, wanita muda ditahan secara paksa dan dirogol sehingga mengandung sebelum bayi mereka dijual di pasar gelap.

“Operasi itu dijalankan pada 28 Februari lalu apabila seorang penghuni berjaya melarikan diri dan menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” kata jurucakap polis Abimbola Oyeyemi.

"Kami juga memberkas pemilik premis dan dua lelaki, dipercayai diupah untuk menghamilkan kesemua wanita terbabit," katanya.

Encik Oyeyemi menambah mangsa-mangsa wanita itu memberitahu bahawa pemilik premis biasanya mengupah lelaki untuk tidur bersama mereka dan seterusnya membuatkan mangsa mengandung.

“Mereka memberitahu kami bayi berkenaan akan dirampas daripada ibu masing-masing sejurus dilahirkan dan dijual kepada pelanggan,” ujar beliau.

Encik Oyeyemi berkata kesemua suspek kini berada dalam tahanan dan akan dihadapkan ke mahkamah sebaik siasatan berakhir.

Serbuan ke atas klinik haram seumpama itu sering dilakukan oleh pihak berkuasa Nigeria, khususnya di bahagian selatan.

Bayi lelaki lazimnya dijual pada harga 500,000 naira (S$1,885) manakala harga untuk bayi perempuan mencecah 300,000 naira (S$1,131). 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan