Polis Scotland siasat ugutan terhadap JK Rowling selepas hantaran twitter sokong Salman Rushdie
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar:Twitter/jk_rowling)
LONDON: Polis Scotland menyatakan pada Ahad (14 Ogos) pihaknya sedang menyiasat laporan "ugutan online" dibuat terhadap penulis JK Rowling selepas beliau membuat catatan di Twitter mengecam Salman Rushdie ditikam.
Penulis novel Harry Potter itu berkata beliau rasa "geram" apabila mendengar berita itu dan berharap penulis itu akan pulih.
Namun seorang pengguna kemudian meninggalkan komen, "Jangan risau, kau seterusnya."
Selepas mengongsikan tangkapan skrin mesej ugutan itu, Cik Rowling berkata, "Kepada semua yang menghantar mesej sokongan: Terima kasih, polis sudah terlibat (sudah terlibat dalam ugutan lain)".
Seorang jurucakap polis Scotland berkata pihaknya menerima aduan mengenai ugutan online yang dibuat dan para pegawai sedang menjalankan siasatan.

Cik Rowling sebelum ini pernah dikritik oleh aktivis transgender yang mendakwa beliau mempunyai fobio terhadap golongan itu.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.