Skip to main content

Dunia

Polis rampas lebih 30 senjata api, pelbagai senjata lain di kediaman penyerang masjid San Diego

Anggaran Waktu Membaca:
 Polis rampas lebih 30 senjata api, pelbagai senjata lain di kediaman penyerang masjid San Diego

Polis di lokasi insiden tembakan di Pusat Islam San Diego, 18 Mei 2026. (Gambar: AP/Gregory Bull)

Diterbitkan : 20 May 2026 10:05AM Dikemas Kini : 20 May 2026 10:06AM
WASHINGTON: Polis pada Selasa (19 Mei) memaklumkan bahawa mereka merampas lebih 30 senjata api dan satu busur silang dari kediaman yang dikaitkan dengan remaja bersenjata yang membunuh tiga individu di sebuah masjid di San Diego, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ejen khas yang bertanggungjawab ke atas pejabat luar Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di San Diego, Mark Remily berkata pihak berkuasa mengeluarkan tiga waran geledah di kediaman yang dikaitkan dengan suspek dan merampas pelbagai pistol, senapang, senapang patah, peluru, kelengkapan taktikal serta peranti elektronik dari dua lokasi berkenaan.

Encik Remily berkata para penyiasat menemui bahan bertulis pada suspek selepas kejadian tembakan itu dan sedang berusaha mendapatkan waran tambahan bagi memeriksa peranti yang dirampas dari lokasi kejadian.

“Kami juga sudah mengeluarkan waran geledah terhadap peranti elektronik yang dibawa suspek ketika kejadian dan sedang dalam proses mendapatkan waran tambahan bagi peranti yang ditemui dalam kenderaan yang mereka gunakan.

“Kami masih meneliti peranti elektronik untuk mendapatkan jawapan, namun apa yang boleh saya katakan ialah mereka jelas mempunyai kebencian meluas terhadap ramai pihak,” tambah beliau.

Kejadian tembakan itu sedang disiasat sebagai jenayah kebencian.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita