Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Queensland selamatkan budak tiga tahun 'terperangkap' dalam mesin permainan kaut

Anggaran Waktu Membaca:
QUEENSLAND: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Queensland, Australia, yang terperangkap dalam kotak mesin anak patung di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini mencetuskan geli hati warga net di media sosial.

Polis Queensland mendedahkan bahawa pihaknya menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari mesin permainan itu yang terletak di pusat beli-belah Capalaba, Australia.
Sebelum kejadian itu, bapa kanak-kanak itu, Timothy Hopper menyedari anaknya hilang dari pandangan mereka dan bergegas meminta bantuan polis sebelum menjumpainya sedang kelihatan berseronok mencari mainan patung dalam kotak itu.

Polis berkongsi rakaman misi keselamatan di platform X, di mana budak lelaki itu, bernama Ethan Hopper, dilihat berada dalam mesin mainan yang penuh dengan anak patung Hello Kitty.

Video itu juga menunjukkan polis dan ibu bapa Ethan sedang mencari jalan untuk mengeluarkan anaknya dari mesin permainan itu.

Menyedari mesin itu diperbuat daripada kaca, bapa Ethan, Encik Timothy mengarahkan anaknya pergi ke arah ibunya, yang berdiri di sebelah mesin itu.

Selepas itu, polis bertindak memecahkan kotak kaca itu dan berjaya menarik keluar Ethan.

Encik Timothy memberitahu wartawan bahawa kejadian berlaku dengan pantas apabila anaknya tiba-tiba hilang semasa mereka sibuk membeli-belah di pasar raya tersebut.

Seorang anggota polis, Stuart Power berkata selama 11 tahun sebagai pegawai polis, dia tidak pernah melihat perkara seperti itu berlaku.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan