Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Pontian tahan 2 lelaki disyaki menyamar sebagai anggota polis, kejar kereta

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Polis Malaysia telah menahan dua lelaki termasuk seorang penjawat awam di sebuah kawasan perumahan di Kukup, Pontian, petang Isnin (5 Jun).

Mereka disyaki menyamar sebagai anggota polis dan mengejar sebuah kereta dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata tangkapan pada pukul 6.00 petang ke atas warga Malaysia berumur 43 dan 48 tahun itu susulan satu laporan berhubung video tular menerusi media sosial pada 1.52 tengah hari, hari yang sama.
“Hasil siasatan mendapati terdapat tiga suspek, dua telah ditahan manakala seorang lagi masih bebas.

“Seorang daripada mereka yang ditahan berumur 48 tahun turut mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah,” kata beliau dalam satu kenyataan, pada Selasa (6 Jun).

Encik Kamarul Zaman berkata pihaknya turut merampas satu baju pantulan cahaya, satu lampu mata arah mudah alih, satu lampu suluh, satu headlight serta sebuah kereta Honda City berserta anak kunci.

Beliau berkata seorang daripada suspek direman selama dua hari mulai Selasa, manakala seorang lagi iaitu penjawat awam berumur 43 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.

Encik Kamarul Zaman berkata polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras jenayah dan penyeludupan serta individu yang menyamar sebagai polis.

Pada Isnin, tular video selama 26 saat melalui Facebook menunjukkan sebuah kereta sedang dikejar sebuah lagi kereta yang dipercayai menggunakan lampu beacon berwarna biru seolah-olah kereta polis di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara bersebelahan laluan keluar Plaza Tol Sedenak, dekat Kulai.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan