Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis pertingkat kawalan keselamatan di Penjara Kajang

Anggaran Waktu Membaca:
Polis pertingkat kawalan keselamatan di Penjara Kajang

Penjara Kajang (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 24 Aug 2022 08:47AM Dikemas Kini : 24 Aug 2022 08:49AM

KAJANG: Polis meningkatkan kawalan keselamatan dan pemantauan di sekitar pintu masuk Penjara Kajang, lokasi bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dihantar pada 6.47 petang Selasa (23 Ogos) untuk menjalani hukuman.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata setakat ini, keadaan di sekitar penjara berkenaan terkawal.

"Keadaan masih terkawal. Berapa ramai kekuatan, saya tidak boleh dedahkan. Bagaimanapun, pihak polis hanya meningkatkan kawalan keselamatan di bahagian luar pintu masuk Penjara Kajang. Selain itu, kawalan keselamatan dilaksanakan oleh pihak penjara itu sendiri," katanya kepada Bernama pada Selasa malam (23 Ogos). 

Awal dari itu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (S$65.3 juta) ke atas Encik Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta (S$13 juta). 

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata selepas meneliti bukti, hujahan dan rekod-rekod rayuan, didapati petisyen rayuan Najib tidak mempunyai merit. 

Tengku Maimun yang mengetuai barisan lima panel hakim memutuskan untuk menolak permohonan rayuan Encik Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi yang diputuskan pada 28 Julai 2020.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan