Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Perancis lancar serbuan terhadap kumpulan pelampau selepas kejadian guru dipenggal

Polis Perancis pada Isnin (19 Okt) melancarkan siri serbuan yang menyasarkan rangkaian pelampau, tiga hari selepas seorang guru sejarah dipenggal kepalanya setelah dia menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada murid-muridnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Perancis lancar serbuan terhadap kumpulan pelampau selepas kejadian guru dipenggal

Tunjuk perasaan di Paris pada 18 Okt 2020 setelah seorang guru Samuel Paty dipenggal (Gambar: AFP/Bertrand Guay)

Diterbitkan : 20 Oct 2020 08:50AM Dikemas Kini : 20 Oct 2020 08:58AM

PARIS: Polis Perancis pada Isnin (19 Okt) melancarkan siri serbuan yang menyasarkan rangkaian pelampau, tiga hari selepas seorang guru sejarah dipenggal kepalanya setelah dia menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada murid-muridnya.

Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin berikrar bahawa "tidak akan ada seminit pun musuh-musuh Republik ini dibiarkan", setelah puluhan ribu penduduk menyertai tunjuk perasaan di seluruh negara pada Ahad untuk memperingati guru Samuel Paty dan mempertahankan hak kebebasan bersuara.

Seramai 15 orang ditahan setakat ini, termasuk empat murid yang mungkin telah membantu pembunuh itu - seorang remaja asal Chechnya berusia 18 tahun yang dibunuh oleh polis - untuk mengenal pasti guru tersebut sebagai ganti untuk upahan.

Pihak berkuasa menjalankan 40 serbuan pada Isnin, kebanyakannya di sekitar Paris, dengan banyak lagi yang dirancang.

Encik Darmanin berkata, pemerintah juga akan memperketatkan pengawasannya ke atas institusi dan badan amal yang disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian pelampau.

Encik Paty, 47, diserang semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah, tempat beliau mengajar di Conflans-Sainte-Honorine, 40 kilometer dari barat laut Paris.

BADAN AMAL DISYAKI ADA KAITAN PELAMPAU

Empat anggota keluarga pembunuh itu ialah antara mereka yang ditahan oleh polis.

Pembunuhan itu mempunyai persamaan dengan pembunuhan pada 2015 di pejabat majalah satira Charlie Hebdo, di mana 12 orang, termasuk para pelukis kartun, ditembak mati kerana menerbitkan kartun Nabi Muhammad.

Encik Paty telah menunjukkan kelas siviknya salah satu kartun yang mencetuskan kontroversi itu setelah terlebih dahulu memberi pilihan kepada para pelajar Muslim untuk meninggalkan kelas.

Tetapi kelas itu tetap mencetuskan kemarahan.

Para pegawai mengenal pasti dua kumpulan yang mereka sasarkan untuk ditutup - the 'Collective Against Islamophobia' atau Kolektif Menentang Islamofobia di Perancis yang mengakui ia memantau serangan terhadap kaum Muslim, serta BarakaCity, yang memberi gambaran ia adalah sebuah badan kemanusiaan.

Dalam satu catatan media sosial, BarakaCity menuduh Encik Darmanin sebagai "gila" dan menyatakan beliau mengambil kesempatan daripada satu tragedi.

Encik Darmanin juga mengarahkan penutupan sebuah masjid di Pantin, pinggir bandar Paris, dan menuduh imamnya menggalak perbuatan menakut-nakutkan guru itu dan mendedahkan alamat sekolah tersebut.

Sementara itu, pihak pendakwa Paris menyatakan mereka telah memulakan siasatan ke atas laman neo-Nazi Perancis yang dihoskan di luar negara yang menerbitkan semula gambar mayat Encik Paty yang dipenggal, yang dimuat naik di Twitter oleh pembunuh itu.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan