Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Perancis kerah 10,000 anggota bagi cegah rusuhan separuh akhir Piala Dunia 2022

Anggaran Waktu Membaca:

PARIS: Bimbang kemungkinan berlaku rusuhan selepas perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 antara Perancis dan Maghribi di Qatar pada Rabu (14 Dis), Perancis merancang menggerakkan 10,000 pegawai polis termasuk 5,000 yang ditempatkan di Paris dan di kawasan sekitarnya.

Demikian menurut laporan agensi berita Anadolu. 

Di Paris, polis akan ditempatkan di sekitar boulevard Champs-Elysees, seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin. 

Paris sebelum ini menyaksikan insiden ganas pada 10 Disember selepas kemenangan Maghribi dan Perancis di peringkat suku akhir.

Champs-Elysees bagaimanapun tidak ditutup pada Rabu.

Kebanyakan jalan masuk ke Paris akan ditutup mulai pukul 6.30 petang termasuk beberapa stesen metro dan RER.

Ancaman lain adalah daripada samseng berhaluan kanan yang radikal, seperti dilaporkan stesen radio Europe 1.

Menurut Europe 1, di bandar Strasbourg, beberapa puluh ahli "Pesalah Strasbourg," kumpulan samseng yang terdiri daripada neo-Nazi, Identitarian dan ultra-nasionalis, dikatakan telah merancang untuk berkumpul di jalan raya di pusat bandar selepas perlawanan itu. 

Perlawanan itu dilihat oleh beberapa pihak sebagai pertembungan antara Kolonialis Perancis dan bekas jajahannya di Afrika Utara.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan