Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Perak tahan lelaki, tular hisap dadah di Facebook

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Perak tahan lelaki, tular hisap dadah di Facebook

(Gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 09 Jun 2022 08:12AM Dikemas Kini : 09 Jun 2022 08:13AM
TELUK INTAN: Aksi menagih dan menghisap dadah yang dimuat naik menerusi satu rakaman video di laman Facebook membawa kepada penahanan seorang lelaki di Chenderong Balai di sini pada Rabu (8 Jun).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata berdasarkan rakaman itu yang dimuat naik di akaun ‘I Love Teluk Intan,’ polis menahan suspek berumur 46 tahun di sebuah rumah di Jalan Dato’ Haji Yusof Maidin, Chenderong Balai pada kira-kira 5 petang.

“Pemeriksaan di tubuh badan suspek membawa kepada penemuan dadah disyaki heroin bernilai RM832.50 (S$260) yang dijumpai di dalam beg sandang berwarna hitam di bahu kanannya.

“Suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah tersebut daripada seorang lelaki dengan nama panggilan 'Apoi' di kawasan Pekan Langkap dan usaha mengesan pengedar itu sedang giat dilakukan oleh pihak polis ketika ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin dan memiliki 16 rekod jenayah berkaitan dadah, mencuri serta merompak.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber : Bernama/SU/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan