Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Perak sahkan 'rusuhan' di Pejabat UMNO Lenggong adalah palsu

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Perak sahkan 'rusuhan' di Pejabat UMNO Lenggong adalah palsu

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 23 Nov 2022 10:19AM Dikemas Kini : 23 Nov 2022 10:19AM
IPOH: Polis menafikan berlaku rusuhan serta perhimpunan haram dalam kalangan ahli UMNO di pejabat parti itu di Lenggong yang dikaitkan dengan penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi pada Selasa malam (22 Nov) mengesahkan bahawa dakwaan berlaku situasi seakan rusuhan berkenaan tuntutan ahli UMNO/ BN mendesak pimpinan tertinggi tidak mengadakan kerjasama dengan PH sebagai palsu, seperti dinukil BH Online.

"(Ia) palsu. Esok saya akan buat sidang media (mengenainya). Terima kasih," katanya ringkas ketika dihubungi melalui WhatsApp.

Beliau turut diminta mengulas mengenai beberapa gambar yang berlegar di laman Twitter dengan keterangan menyatakan berlaku situasi panas di hadapan Pejabat UMNO Lenggong apabila akar umbi UMNO Bahagian itu bangkit menolak penghinaan BN kerana dikatakan 'tersungkur sujud' di kaki DAP.

Bagaimanapun, semakan mendapati gambar yang berlegar dengan keterangan palsu itu menyamai gambar yang dimuat naik ke Facebook rasmi Jabatan Penerangan Daerah Hulu Perak, Pusat Maklumat Rakyat Hulu Perak, lapor BH Online.

Berdasarkan keterangan pada gambar sama yang dimuat naik oleh Jabatan Penerangan Daerah Hulu Perak, gambar itu adalah berkenaan suasana di luar Pusat Penjumlahan Rasmi Undi P.055 Lenggong di Dewan Merdeka Lenggong pada waktu penjumlahan undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada tengah malam 19 November lalu.

"[Terkini] 12.50 pagi: Suasana di luar Pusat Penjumlahan Rasmi Undi P.055 Lenggong di Dewan Merdeka, Lenggong," menurut keterangan asal gambar terbabit.

Berdasarkan gambar berkenaan, kelihatan sekumpulan orang ramai dengan terdapat anggota polis termasuk anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di lokasi itu.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa