Polis Pakistan rancang geledah kediaman mantan PM Imran Khan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
LAHORE: Keadaan keselamatan di Pakistan dijangka menjadi lebih tegang.
Polis merancang memeriksa rumah mantan Perdana Menteri Imran Khan di bandar Lahore pada Jumaat (19 Mei), kata seorang pegawai wilayah.
Tindakan itu dijangka mencetuskan lagi tunjuk perasaan ganas seperti yang berlaku selepas beliau ditangkap pada awal bulan ini.
Beratus-ratus pegawai polis, dipimpin oleh pesuruhjaya daerah tersebut, akan menggeledah kediaman Encik Khan setelah menerima waran untuk berbuat demikian, dedah Amir Mir, Menteri Penerangan wilayah Punjab.
Seorang pegawai berkata polis mendapat maklumat bahawa kira-kira 40 pengganas sedang bersembunyi di dalam rumah Encik Khan.
Istilah pengganas itu sebenarnya merujuk kepada para penyokong Encik Khan yang dituduh telah menyerang dan merosakkan bangunan-bangunan pemerintah dan tentera semasa bantahan ganas baru-baru ini.
Pihak polis dipercayai tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menahan Encik Khan.
Polis hanya akan menggeledah rumahnya jika Encik Khan membenarkan mereka berbuat demikian, tambahnya. Tetapi jika tidak, para pegawai polis akan mengundurkan diri sehingga pemerintah mengambil langkah seterusnya.
Meskipun Encik Khan telah bersetuju untuk membenarkan polis memasuki kediamannya, para pegawai pemerintah berkata mereka mahukan kebenarannya untuk berbuat demikian bagi mengelakkan keganasan oleh para penyokongnya.
Encik Khan bagaimanapun berkata para penyokongnya tidak terbabit dalam rusuhan tersebut dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Mantan PM itu turut menuduh parti pemerintah cuba mencetuskan masalah antara partinya dengan pihak tentera.

Sumber : Reuters/MU/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.