Polis Pakistan rampas dadah bernilai AS$1.69 juta daripada budak 12 tahun
Pengawal pantai Pakistan merampas dadah seberat 26.2 kilogram daripada seorang budak lelaki berusia 12 tahun di wilayah Balochistan di barat daya Pakistan, menurut satu kenyataan pada Jumaat (3 Feb).
(Gambar fail: TODAY)
ISLAMABAD: Pengawal pantai Pakistan merampas dadah seberat 26.2 kilogram daripada seorang budak lelaki berusia 12 tahun di wilayah Balochistan di barat daya Pakistan, menurut satu kenyataan pada Jumaat (3 Feb).
Dadah itu ditemui semasa pengawal pantai di pos kawalan menjalankan pemeriksaan terhadap penumpang bas yang dalam perjalanan menuju ke bandar pelabuhan Karachi, lapor Xinhua.
Para pegawai menemui dadah bernilai AS$1.69 juta (S$2.21 juta) dalam pasaran antarabangsa dari seorang budak lelaki yang menyamar sebagai wanita, tambahnya.
Budak lelaki itu menyembunyikan dadah tersebut dalam jaketnya, menurut kenyataan itu sambil menambah siasatan lanjut sedang dijalankan.
Dalam usaha mengekang penyeludupan dadah dari kawasan pantai Pakistan, pengawal pantai di sana mempertingkatkan operasi di seluruh wilayah itu bagi mematahkan sebarang percubaan menyeludup bahan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.