Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis NZ diberi amaran ancaman ke atas masjid lain sebelum serangan Christchurch

Polis dan perkhidmatan keselamatan New Zealand telah dimaklumkan tentang ancaman terhadap sebuah masjid lain pada hari yang sama seorang pengganas bersenjata membunuh 51 jemaah Muslim di Christchurch pada 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis NZ diberi amaran ancaman ke atas masjid lain sebelum serangan Christchurch

51 orang Muslim maut susuli serangan masjid Christchurch. (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 07 Jul 2020 01:46PM Dikemas Kini : 07 Jul 2020 01:50PM

WELLINGTON: Polis dan perkhidmatan keselamatan New Zealand telah dimaklumkan tentang ancaman terhadap sebuah masjid lain pada hari yang sama seorang pengganas bersenjata membunuh 51 jemaah Muslim di Christchurch pada 2019.

Majlis Wanita Islam New Zealand memberitahu satu siasatan pada Selasa (7 Jul) pihaknya berulang kali memberi amaran kepada polis dan perkhidmatan keselamatan mengenai ancaman dari golongan pelampau kulit putih.

Ini termasuk satu mesej Facebook yang mengancam untuk membakar Al-Quran di luar sebuah masjid di Hamilton pada 15 Mac 2019, hari yang sama serangan Christchurch berlaku.

Walaupun ancaman itu tidak ada kaitan secara langsung dengan pembunuhan beramai-ramai di Christchurch, langkah-langkah keselamatan tambahan boleh diambil ketika itu di semua masjid, menurut pernyataan kepada siasatan tertutup itu yang didedahkan kepada umum pada Selasa.

"Polis memiliki maklumat risikan yang mencukupi untuk satu strategi nasional terselaras dimulakan," kata kumpulan itu dalam pernyataan setebal 130 halaman itu.

"Sekiranya ada strategi seperti itu, maka pesanan itu menjadi satu amaran kepada setiap masjid di negara ini mengenai ancaman terhadap sebuah masjid pada Jumaat 15 Mar 2019 dan agar semua masjid mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan. Sama ada ancaman itu ada kaitan dengan pembunuh Christchurch adalah tidak relevan. "

Pernyataan Majlis Wanita Islam mendakwa bahawa polis, perkhidmatan keselamatan dan para wakil pemerintah hanya tertumpu kepada memerangi pengganasan oleh pelampau Muslim, yang mendedahkan masyarakat kepada risiko gerakan haluan kanan yang meningkat.

Polis menyatakan tiada komen akan dibuat sehingga Suruhanjaya Diraja membuat kesimpulan. Namun, berkenaan ancaman khusus dalam laporan itu, polis menyatakan individu tersebut telah dikenal pasti dan diberi amaran secara formal.

Seorang jurucakap pemerintah berkata bahawa pemerintah akan menunggu laporan Suruhanjaya sebelum membuat sebarang komen.

Dapatan siasatan Suruhanjaya Diraja ke atas pembunuhan beramai-ramai itu dilaporkan akan dikeluarkan pada hujung Julai.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan