Polis Norway berkas suspek kes tikam
Polis Norway hari ini (15 Jul) memberkas seorang suspek yang disyaki menikam beberapa wanita, mengakibatkan seorang mangsa maut di bandar Sarpsborg.
(Gambar: Bekka/via REUTERS)
OSLO: Polis Norway hari ini (15 Jul) memberkas seorang suspek yang disyaki menikam beberapa wanita, mengakibatkan seorang mangsa maut di bandar Sarpsborg.
Polis Norway dalam satu ciapan di Twitter semalam (14 Jul), mengesahkan bahawa pihaknya menerima aduan mengenai beberapa orang yang ditikam di pelbagai lokasi sekitar Sarpsborg.
Menurut polis lagi, tiga wanita ditikam termasuk dua yang cedera parah dan suspek sudah diberkas.
Beberapa media di Norway melaporkan bahawa seorang wanita meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.
Menurut stesen penyiar NRK, salah seorang mangsa dipercayai mengenali penyerangnya dan seorang lagi suspek diberkas di sebuah lokasi di bahagian tengah Sarpsborg.
Motif serangan masih belum diketahui setakat ini tetapi menurut laporan akhbar tempatan, Sarpsborg Arbeiderblad, suami salah seorang mangsa berkata suspek mengunjungi rumah mereka.
"Kami sedang menonton televisyen apabila pintu rumah diketuk dan bila saya membukanya, suspek cuba menikam saya tetapi saya dapat menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, suspek melulu masuk ke dalam rumah dan mengelar lengan isterinya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.