Polis New Zealand tangkap penyokong Trump yang lontar cacian depan masjid Christchurch
Polis New Zealand pada Khamis (11 Apr) menangkap seorang lelaki dilihat berpakaian kemeja-T "Trump" yang melemparkan kata cacian terhadap para jemaah di luar salah sebuah masjid Christchurch di mana 50 orang dibunuh dalam satu serangan tembakan beramai-ramai bulan lalu.

Gambar Masjid Al Noor di Deans Avenue di Christchurch, New Zealand, yang dipetik pada 2014. (Gambar: TODAY)
WELLINGTON: Polis New Zealand pada Khamis (11 Apr) menangkap seorang lelaki dilihat berpakaian kemeja-T "Trump" yang melemparkan kata cacian terhadap para jemaah di luar salah sebuah masjid Christchurch di mana 50 orang dibunuh dalam satu serangan tembakan beramai-ramai bulan lalu.
Polis berkata, lelaki 33 tahun itu "menggegarkan" masyarakat Muslim lewat Rabu (10 Apr) di masjid Al Noor dengan menjerit kata-kata cacian terhadap mereka.
"Masyarakat kita tidak bertolak ansur dengan pihak yang menyasarkan masyarakat lain atas dasar identiti mereka dan begitu juga pihak polis," menurut ketua polis daerah Canterbury, John Price dalam satu kenyataan pada Rabu.
"Ini lebih-lebih lagi bagi anggota masyarakat Islam kita yang sudah banyak menghadapi cabaran," kata beliau lagi.
Lelaki yang digambarkan sebagai "bertubuh tegap dengan rambut gelap pendek dan tatu di bahagian kiri bahu/leher" beredar ke taman bertentangan masjid itu selepas insiden tersebut.
Warga Australia Brenton Tarrant, 28 tahun, seorang pelampau haluan kanan kulit putih, didakwa atas 50 tuduhan membunuh dan 39 tuduhan cuba membunuh dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.