Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis New Zealand kenal pasti identiti 2 kanak-kanak; mayat disumbat dalam beg pakaian

Anggaran Waktu Membaca:
Polis New Zealand kenal pasti identiti 2 kanak-kanak; mayat disumbat dalam beg pakaian

Polis di Auckland sudah mengenal pasti identiti mayat 2 kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian. (Gambar: AFP/DAVID ROWLAND)

Diterbitkan : 26 Aug 2022 07:37PM Dikemas Kini : 26 Aug 2022 07:39PM
NEW ZEALAND: New Zealand sudah mengesahkan identiti dua orang kanak-kanak yang mayat mereka dijumpai disumbat di dalam beg pakaian.

Nama mereka bagaimanapun tidak akan didedahkan atas permintaan keluarga mereka, menurut polis pada Jumaat (26 Ogos).

Para detektif masih lagi menyiasat kematian kanak-kanak bekenaan.

Penemuan mayat kedua-dua kanak-kanak tersebut dua minggu lalu menggemparkan New Zealand.

Penemuan ngeri itu berlaku apabila sebuah keluarga membeli bermacam-macam barangan yang dilelong - termasuk beg pakaian - dari satu acara lelong untuk barangan terbiar berdekatan dengan Auckland.

Menurut polis, keluarga yang membeli beg pakaian itu tidak terkait dengan kematian kedua-dua kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu dipercayai dalam lingkungan usia murid sekolah rendah ketika mereka meninggal dunia, menurut polis.

Koroner sudah mengeluarkan arahan supaya jangan mendedahkan kepada orang ramai sebarang bukti yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak itu, kata inspektor detektif Tofilau Faamanuia Vaaelua.

Pada Isnin (22 Ogos), Polis Korea Selatan di ibu kota Seoul memberitahu agensi berita AFP bahawa mereka telah menemui seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kanak-kanak tersebut.

Wanita berkenaan tiba di Korea Selatan pada 2018 dan tidak mempunyai rekod meninggalkan negara tersebut sejak tahun itu, menurut polis Seoul kepada Reuters.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan