Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis New Zealand berkas 2 individu ancam masjid Christchurch

Polis New Zealand berkas 2 individu ancam masjid Christchurch.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis New Zealand berkas 2 individu ancam masjid Christchurch

Masjid Al-Noor, Christchurch, New Zealand. (Gambar: Sanka VIDANAGAMA / AFP)

Diterbitkan : 04 Mar 2021 05:21PM Dikemas Kini : 04 Mar 2021 05:23PM

AUCKLAND: Polis New Zealand hari ini (4 Mac) menyatakan dua orang diberkas menyusuli ancaman yang dibuat terhadap masjid-masjid di Christchurch yang menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai oleh seorang lelaki yang mengagung-agungkan kuasa kulit putih.

Menurut polis, satu ancaman online dibuat awal minggu ini terhadap Masjid Al Noor dan Pusat Islam Lindwood, yang menjadi sasaran insiden tembakan paling berdarah di New Zealand pada 2019.

Bagaimanapun, tiada maklumat diberikan mengenai jenis ancaman yang dibuat mahupun identiti suspeknya. Tiada dakwaan dibuat setakat ini, menurut polis.

"Kami tidak akan bertolak ansur sama sekali terhadap sebarang mesej berbaur kebencian atau individu yang mahu menimbulkan bahaya dalam masyarakat kita - ini bukan cara Kiwi," kata John Price, Superintenden Komander Daerah Canterbury menerusi satu kenyataan media.

Tahap kewaspadaan di New Zealand diletakkan di paras lebih tinggi menjelang ulang tahun insiden serangan di Christchurch itu pada 15 Mac.

Dilengkapi dengan senjata-senjata separa automatik berkeupayaan tinggi, warga Australia Brenton Tarrant membunuh 51 orang dan menyebabkan puluhan yang lain cedera setelah dia melepaskan tembakan bertubi-tubi ke atas para jemaah yang berada di dua buah masjid. Dia juga menyiarkan perbuatannya itu secara langsung di laman Facebook sebelum ditangkap.

Pada Ogos 2020, Tarrant dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, sekali gus menjadi individu pertama dijatuhi hukuman seumpama itu di New Zealand.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan