Polis New Zealand berjaya hubungi lebih ramai mangsa Taufan Gabrielle
Angin kencang dan hujan lebat yang berlarutan selama empat hari menyebabkan tanah runtuh serta banjir meluas yang memusnahkan rangkaian jalan raya di North Island.(Gambar: Pasukan Pertahanan New Zealand/AFP/PLTOFF Callum Post)
Taufan Gabrielle melanda wilayah North Island pada 12 Februari dan bergerak ke pantai timur, menyebabkan kemusnahan yang meluas. Perdana Menteri Chris Hipkins menyifatkan Taufan Gabrielle sebagai bencana paling teruk melanda New Zealand bagi abad ini.
Pesuruhjaya Polis New Zealand Andrew Coster memberitahu rancangan AM Show bahawa pihaknya berjaya menghubungi 4,000 daripada 6,500 orang yang dilaporkan tidak dapat dihubungi sejak sebelum taufan menimpa negara itu.
"Jumlahnya semakin mengecut," kata Encik Coster.
Polis mengesahkan 11 kematian berkaitan taufan itu, kebanyakannya dari Hawke's Bay.
Encik Coster berkata jumlah kematian dijangka meningkat tetapi menambah kebanyakannya tidak dapat dihubungi kerana ada masalah komunikasi.
Pada Ahad, polis cuba mengenal pasti status lebih 3,000 orang.
Usaha pemulihan diteruskan dengan pasukan mencari dan menyelamat masih berada di kawasan terjejas taufan, manakala bekalan elektrik dan telekomunikasi masih terputus bagi beberapa rumah. Jalan raya ditutup dan penduduk melaporkan masalah mengeluarkan wang tunai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.