Polis nafi Stadium Tertutup Shah Alam tempat tampung pesakit COVID-19
Polis menafikan sekumpulan individu ditempatkan di sebuah stadium tertutup di Shah Alam kerana berlaku kesesakan di Hospital Sungai Buloh.

(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Polis menafikan sekumpulan individu ditempatkan di sebuah stadium tertutup di Shah Alam kerana berlaku kesesakan di Hospital Sungai Buloh.
Khabar angin yang tular di media sosial itu mendakwa bahawa hospital tersebut tidak lagi dapat menampung jumlah pesakit COVID-19.
Pemangku Ketua Polis Selangor Encik Arjunaidi Mohamed mengesahkan berita yang disebarkan melalui video klip itu adalah berita palsu.
"Masyarakat diminta bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat (25 Dis).
Encik Arjunaidi juga menasihatkan orang ramai supaya jangan membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan sebarang berita yang diperolehi daripada sumber yang tidak sahih.
Tegasnya lagi, perbuatan tersebut boleh mencetuskan suasana panik, tidak harmoni dan menggugat ketenteraman awam sambil meminta orang ramai supaua mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu tentang kesahihan sesuatu isu atau berita.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.