Polis nafi kejadian tular kanak-kanak diculik di pusat tuisyen Johor
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat. (Gambar fail: Bernama)
JOHOR BAHRU: Polis pada Sabtu (10 Sep) menafikan kejadian penculikan yang didakwa berlaku, membabitkan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah pusat tuisyen, seperti yang ditular menerusi platform WhatsApp.
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata hasil semakan mendapati pesanan mesej yang mendakwa kejadian tersebut berlaku adalah palsu dan tiada sebarang laporan dibuat mengenai insiden itu.
Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati kanak-kanak berusia sembilan tahun itu berada di rumah bersama bapanya.
"Hal ini (perbuatan penyebaran mesej) dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai."
"Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 (S$15,540) atau penjara setahun atau kedua-duanya," katanya dalam sebuah kenyataan.
Encik Kamarul Zaman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan menyebarkan dakwaan sedemikian yang diperoleh daripada sumber tidak sahih.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.