Polis Myanmar kemukakan pertuduhan terhadap Aung San Suu Kyi
Polis mengenakan pertuduhan terhadap dua pemimpin Myanmar yang digulingkan tentera, Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint hari ini (3 Feb).

(Gambar: AP)
YANGON: Polis mengenakan pertuduhan terhadap dua pemimpin Myanmar yang digulingkan tentera, Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint hari ini (3 Feb).
Cik Suu Kyi dituduh melanggar undang-undang import-eksport.
Dokumen dari sebuah balai polis di ibu kota Naypyitaw menyatakan para pegawai tentera yang memeriksa rumah Cik Suu Kyi menemui beberapa 'walkie talkie' atau alat komunikasi kecil dan mudah alih yang diimport secara haram.
Radio itu juga didakwa digunakannya tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Polis meminta agar Cik Suu Kyi terus ditahan sehingga 15 Februari.
Beliau dikenakan tahanan dalam rumah di Naypyitaw sejak tentera melakukan rampasan kuasa pada Isnin lalu (1 Feb).
Presiden yang digulingkan, Win Myint pula didakwa di bawah undang-undang pengurusan bencana alam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.