Polis M'sia tingkatkan pantauan di 20 kawasan panas semasa PRN Kedah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
ALOR SETAR: Polis akan meningkatkan pemantauan di 20 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di Malaysia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Ketua Polis Kedah Fisol Salleh berkata langkah itu bagi memudahkan penugasan pegawai dan anggotanya serta memberi lebih tumpuan di kawasan terbabit demi memastikan keselamatan semua.
“20 lokasi itu telah dikenal pasti dalam 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, tetapi kawasan panas itu bukanlah bermaksud akan berlaku pertempuran yang besar atau kejadian-kejadian yang ekstrem, jangan salah tafsir.
“Apabila sudah tahu lokasi panas itu, ia juga akan mudahkan kita untuk membuat penambahan petugas di kawasan-kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Program Ibadah Korban Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Surau Perumahan Polis Taman Derga Jaya, di Alor Setar, hari ini (2 Jun).
Pada 13 Jun lepas, mantan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan polis sudah mengenal pasti 190 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di enam negeri yang terlibat PRN.
Daripada jumlah itu, Selangor memiliki kawasan panas tertinggi iaitu sebanyak 70 lokasi, diikuti Terengganu (66), Kedah (20), Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing 16 serta dua lokasi di Pulau Pinang.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.