Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia terima 72 aduan kes penipuan haji libatkan kerugian hampir RM4 juta

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 72 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji di seluruh Malaysia membabitkan tiga agensi pelancongan swasta dengan kerugian RM3.95 juta (S$1.25 juta). 

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Noorsiah Mohd Saaduddin berkata Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 24 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM1,244,500 (S$395,259) diikuti Selangor dengan 14 laporan melibatkan kerugian RM404,000 (S$128,000).

“Pahang pula merekodkan 13 laporan dengan nilai kerugian RM1,611,500 (S$511,900) manakala Kelantan, Johor dan Perak masing-masing mempunyai lima laporan dengan nilai keseluruhan RM556,000 (S$128,312),” katanya dalam kenyataan pada Isnin (12 Jul). 

Beliau berkata Kedah mempunyai tiga laporan dengan nilai kerugian RM48,000 (S$15,245)sementara Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan satu laporan dengan jumlah keseluruhan mencecah RM86,000 (S$27,314). 

Pada Khamis lepas (7 Jul), kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Mereka  dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan