Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia terima 57 aduan kes penipuan haji libatkan kerugian RM2.37 juta

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 57 aduan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji terhadap sebuah agensi pelancongan swasta melibatkan kerugian lebih RM2.37 juta (S$750,000). 

Anggaran Waktu Membaca:
 Polis M'sia terima 57 aduan kes penipuan haji libatkan kerugian RM2.37 juta

380 bakal jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas ditipu oleh sebuah agensi pelancongan. swasta. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 57 aduan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji terhadap sebuah agensi pelancongan swasta melibatkan kerugian lebih RM2.37 juta (S$750,000). 

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Noorsiah Mohd Saaduddin berkata negeri Selangor mencatatkan bilangan aduan tertinggi iaitu sebanyak 25 kes membabitkan kerugian berjumlah RM620,000 (S$196,000), diikuti Kuala Lumpur dengan 23 laporan melibatkan kerugian sebanyak RM766,500 (S$242,000).

“Empat laporan diterima di Pahang dengan sebanyak RM874,000 (S$276,000) kerugian manakala masing-masing satu laporan diterima Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu. Jumlah keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM2,371,500 (S$750,000),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu (9 Jul).  

Beliau menambah Pulau Pinang mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM32,000 (S$10,120), Perak (RM25,000 bersamaan S$7,900), Negeri Sembilan (RM16,000 bersamaan S$5,000), Terengganu (RM38,000 bersamaan S$12,000) manakala Johor tidak melibatkan sebarang kerugian. 

Khamis lalu, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Mereka dipercayai menggunakan visa furada iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa melibatkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan