Skip to main content

Dunia

Polis M'sia tahan sepasang suami isteri, miliki dadah syabu bernilai lebih RM 9.5 juta

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA KRAI: Polis Kelantan menahan sepasang suami isteri berusia 26 dan 28 tahun bersama dadah jenis syabu bernilai lebih RM9.5 juta (S$2.93 juta) di Kampung Batu Jong pada Jumaat (2 Dis).

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata rampasan dadah terbesar itu tahun ini dilakukan anggota Unit Kereta Peronda ketika menjalankan rondaan pada 8.00 pagi.

"Anggota bertindak menahan kenderaan dinaiki pasangan warga tempatan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut polis menemukan 11 guni yang setiap satu mengandungi 24 bungkusan dibalut dengan kerajang aluminium bertulis 'Guanyingwang' disyaki dadah jenis syabu.

"Kesemua dadah yang dirampas seberat 264 kilogram dianggarkan bernilai RM9.5 juta dipercayai untuk pasaran Lembah Klang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai pada Sabtu (3 Dis).

Mengulas lanjut, Encik Muhamad Zaki berkata siasatan awal menunjukkan lelaki yang ditahan mengambil upah RM5,000 (S$1,540) untuk satu perjalanan bagi membawa bekalan dadah tersebut dan kenderaan yang dinaiki mereka akan ditinggalkan di satu kawasan lain sebelum diambil individu lain.

"Pasangan suami isteri itu didapati tiada rekod jenayah lampau. Mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 9 Disember depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita