Skip to main content

Dunia

Polis M'sia tahan penceramah bebas disyaki rogol remaja

Polis menerima laporan yang dibuat seorang remaja berusia 14 tahun itu yang mendakwa telah dirogol.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia tahan penceramah bebas disyaki rogol remaja

Gambar hiasan. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 19 Jul 2022 04:42PM
SHAH ALAM: Polis menahan seorang penceramah bebas di Kuala Selangor petang Isnin (18 Jul) kerana disyaki terlibat kes rogol seorang remaja perempuan. 

Timbalan Ketua Polis Selangor S.Sasikala Devi berkata pada 16 Julai lalu, polis menerima laporan yang dibuat seorang remaja berusia 14 tahun itu yang mendakwa telah dirogol.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati pengadu berkenalan dengan suspek yang berumur dalam lingkungan 30an itu sejak Mei tahun lalu.

"Bermula dari perkenalan itu pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi berbeza," katanya dalam kenyataan pada Selasa (19 Jul).

Menurutnya bertindak hasil maklumat, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah menahan suspek kira-kira pukul 4.50 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor. 

Cik Sasikala Devi berkata suspek kini direman lima hari bermula hari ini.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita