Polis M'sia tahan 2 mekanik berlumba di lebuh raya Damansara-Shah Alam
Anggaran Waktu Membaca:
Rakaman CCTV yang tular di media sosial.
SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki terbabit dalam perlumbaan haram melibatkan enam buah kereta di Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Isnin (27 Feb), yang dipaparkan dalam sebuah video tular.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kedua-dua suspek berumur 20 dan 29 tahun itu bekerja sebagai mekanik.
Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati kejadian berlaku lebih kurang 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi melibatkan kereta jenis Proton Satria berlumba dari Plaza Tol Denai Alam hingga ke KM 0 (susur ke Pulau Angsa) Lebuh Raya DASH dan berpatah balik melawan arus hingga ke Plaza Tol Denai Alam.
"Tangkapan dan rampasan kenderaan jenis Proton Satria telah dibuat ke atas kedua-dua suspek terbabit dan empat lagi suspek masih dikesan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) APJ (Akta Pengangkutan Jalan) 1987 - memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini (28 Feb).

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.