Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia siasat video tular lelaki belasah wanita

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA KINABALU: Susulan tular sebuah video memaparkan seorang wanita dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta rakyat Malaysia yang mempunyai maklumat agar tampil memberi kerjasama.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat perkara tersebut dan belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian terbabit, seperti dinukil daripada Astro AWANI.

Dalam masa sama, beliau berkata, dakwaan mengenai lokasi kejadian juga belum disahkan oleh pihak polis.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial video seorang lelaki dilihat menendang dan menampar seorang wanita, lapor Astro AWANI.

Video 18 saat itu mendapat kecaman daripada orang awam dan menggesa agar tindakan tegas diambil oleh pihak polis dengan segera.

Sehubungan itu, PDRM menggesa rakyat Malaysia yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dinasihatkan agar segera menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan