Polis M'sia siasat video tular 2 lelaki hina Nabi Muhammad
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: PDRM)
KAJANG: Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) mengesahkan pihaknya sudah menerima aduan berhubung video tular dalam media sosial berkaitan dua lelaki yang dipercayai menghina Nabi Muhammad.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan kini sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang pada Selasa (21 Mac).
Turut hadir Ketua Setiausaha KDN Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Nordin Muhamad.
Baru-baru ini, tular rakaman video selama 52 saat dalam media sosial yang memaparkan dua lelaki yang dipercayai menghina Nabi Muhammad.

Sumber : Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.