Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia siasat video anak PM Anwar Ibrahim dakwa jadi mangsa buli jalan raya

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan susulan anak Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, Nurul Ilham mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya di Kilometer 307 Lebuh Raya Utara Selatan menghala Seremban.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. Anbalagan berkata rakaman video kejadian selama 14 saat itu, dikongsi Cik Nurul Ilham menerusi laman Twitternya yang tular pada Jumaat (20 Jan), memaparkan sebuah kereta jenis Proton Iriz dipandu di lorong sebelah kanan dalam keadaan perlahan dan menekan brek beberapa kali di lorong sama.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian terbabit tidak melibatkan kemalangan dan kecederaan terhadap kedua-dua pihak.

"Kedua-dua pemandu (termasuk Nurul Ilham) akan dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN) 166/1959 kerana kesalahan memotong dan menghalang daripada memotong."

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil ke balai polis trafik Serdang bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam (20 Jan).

Sebelum ini, Cik Nurul Ilham menerusi hantarannya dalam Twitter mendakwa menjadi mangsa buli pengguna jalan raya ketika memandu bersama anaknya yang berusia dua tahun.

Cik Nurul Ilham mendakwa kejadian itu dikesan apabila beliau menghampiri sebuah plaza tol dan pemandu kereta terbabit membunyikan hon ke arah kenderaannya.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan