Polis M'sia siasat pasangan Rusia ceroboh panjat Menara Merdeka 118
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/beerkus, angela_nikolau)
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia akan menjalankan siasatan ke atas pasangan dari Rusia yang dipercayai menceroboh bagi memanjat Menara Merdeka 118, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Yahaya Othman, berkata pihaknya akan memanggil pasangan berkenaan untuk dirakam keterangan, lapor agensi berita BH Online.
"Kedua-dua individu berkenaan akan disiasat atas tuduhan menceroboh," katanya ketika dihubungi, pada Rabu (28 Dis), menurut agensi berita BH Online.
Sebelum ini, gambar pasangan itu, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau, dari puncak bangunan kedua tertinggi di dunia berkenaan dimuat naik di laman SkyscraperCity.com.
Pasangan itu dipercayai menggunakan dron untuk mengambil gambar dan memanjat tangga dari dalam menara untuk ke puncak.
Dalam hantaran dimuat naik Ivan di laman itu, dia memaklumkan pengalaman berada di atas puncak menara berkenaan sebagai sesuatu yang 'gila'.
Sementara itu, Angela menerusi hantaran di Twitter, menulis dia tidak ditahan semasa memanjat menara terbabit yang belum lagi dibuka kepada umum.
"Saya sudah melakukan perbuatan 'gila' dan tidak ditahan. Ia pengalaman menakutkan, tetapi dengan penamat yang menggembirakan," katanya, lapor agensi berita BH Online.
Pasangan itu sememangnya dikenali dengan lagak aksi di beberapa bangunan tinggi di seluruh dunia.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.