Skip to main content

Dunia

Polis M'sia siasat kes pergaduhan di stesen minyak JB

Anggaran Waktu Membaca:
ISKANDAR PUTERI: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung kes pertengkaran mulut melibatkan sekumpulan individu di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, pada 16 Jun lepas. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata hasil siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara seorang penghantar makanan dan dua lelaki warga asing ketika mahu mengisi minyak.
“Kedua-dua lelaki warga asing itu dikenal pasti sebagai warga Singapura dan usaha mengesan sedang dilakukan dengan bantuan polis Singapura (SPF)," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat (23 Jun).

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian berkenaan diminta untuk tampil membantu pihak polis. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.  

Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 50 saat di laman Twitter 'MyNewsHub' menunjukkan kejadian pertengkaran antara mereka di stesen minyak terbabit. 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita