Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia sahkan 2 pelajar direman; tidak puas hati terhadap kertas peperiksaan & hina SG

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia sahkan 2 pelajar direman; tidak puas hati terhadap kertas peperiksaan & hina SG

Petikan video yang tular di TikTok, menunjukkan para pelajar Malaysia menghina Singapura selepas menduduki kertas peperiksaan Sejarah. (Gambar: @nanmanjoi8715/Twitter)

Diterbitkan : 27 Feb 2023 11:26AM Dikemas Kini : 28 Feb 2023 02:14PM
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tindakan menahan dua pelajar yang tidak berpuas hati dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah mengikut peruntukan undang-undang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah berkata kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu direman selama dua hari bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tahanan reman selama dua hari terhadap dua pelajar ini dibuat bagi merakam keterangan dengan lebih teliti dan menyemak fakta daripada pihak berkaitan termasuk isi kandungan telefon bimbit serta mendapatkan laporan disiplin daripada pihak sekolah.

“Walaupun mendapat perintah tahanan reman selama dua hari, namun setelah berpuas hati dengan siasatan yang dibuat, kedua-dua pelajar dibebaskan hari ini pada 11.00 pagi dengan jaminan polis,” menurutnya dalam kenyataan pada Isnin (27 Feb).

Pada Ahad (26 Feb), media melaporkan polis menahan dua remaja selepas menerima aduan sekitar 11.00 pagi Jumaat daripada guru wanita berusia 53 tahun, berhubung video tular memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah yang tidak berpuas hati dengan kertas soalan bagi mata pelajaran Sejarah.

SPM adalah peperiksaan nasional yang diduduki oleh semua pelajar sekolah menengah tahun kelima atau tahun akhir di Malaysia.

Peperiksaan itu bersamaan dengan peperiksaan peringkat GCE O di Singapura.

"Pelajar itu menggunakan kata-kata kesat untuk mengecam mereka yang menetapkan soalan-soalan peperiksaan dan juga menghina Singapura."

Menurut laman web Malaysia, WeirdKaya, pelajar itu juga berkata: "Kau ingat aku kisah ke dengan Singapura? Singapura sudahlah miskin, air pun pakai air Malaysia".

Encik Suffian mengeluarkan kenyataan itu selepas kumpulan peguam Lawyers Of Liberty mengecam tindakan polis menahan kedua-dua pelajar pada Jumaat lalu (24 Feb).

Beliau berkata kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk nasihat serta pandangan.
Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan