Skip to main content

Dunia

Polis M'sia nafi Menteri Besar Kedah ditahan sekali lagi

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia nafi Menteri Besar Kedah ditahan sekali lagi

Gambar: Facebook/Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ditahan atau dipanggil sekali lagi untuk dirakam percakapan pada Sabtu (5 Ogos) seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman ACP A. Skandaguru berkata tiada pihak daripada Bukit Aman, peringkat kontinjen Kedah atau Ibu Pejabat Polis Daerah di Kedah melakukan tindakan seperti yang dilaporkan portal berita berkenaan.

Atas sebab itu, PDRM meminta portal berita yang melaporkan berita palsu tersebut membuat permohonan maaf serta menarik balik laporan berita yang disiarkan.

"Laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan dimulakan ke atas penyebaran berita palsu tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu malam.

Beliau berkata tindakan mengeluarkan berita tidak sahih sedemikian boleh mendatangkan rasa panik kepada masyarakat, lebih-lebih lagi dalam senario kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung.

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan Encik Muhammad Sanusi dikatakan ditahan polis pada petang Sabtu.

Menerusi rakaman video sebuah program di Padang Serai, seorang lelaki yang dipercayai ahli PAS memaklumkan, Encik Muhammad Sanusi tidak dapat menghadirkan diri atas faktor keselamatan.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita