Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis M'sia minta penyokong politik patuh undang-undang, pastikan pelantikan PM ke-10 lancar

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Polis menasihati orang ramai khususnya penyokong parti politik untuk sentiasa mematuhi undang-undang bagi memastikan proses demokrasi dan pelantikan Perdana Menteri ke-10 Malaysia berjalan dengan lancar, pada jam 5.00 petang nanti pada Khamis (24 Nov) di Istana Negara.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana penyokong parti politik yang melakukan sebarang provokasi atau menimbulkan sebarang isu termasuk perkauman dan agama.

“Turut dinasihati untuk tidak memuat naik sebarang ‘posting’ atau apa jua sisipan di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran atau salah fahaman pada masyarakat umum."

“Orang ramai turut diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.


Sebelum ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan